Sejarah SKEN2
Sekolah ini didirikan pada tahun 1964, di tapak seluas 4 ekar yang
didermakan oleh penduduk dari rumah panjang Marop. Sebelum ini anak-anak
penduduk di kawasan ini dihantar bersekolah di SK Engkilili No.1 dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Engkilili.
Oleh kerana sekolah-sekolah ini terlalu jauh, maka tuai-tuai rumah,
ibubapa dan kaum Cina kebun berhampiran telah sepakat untuk mendirikan
sebuah sekolah di kawasan mereka.
Bangunan asal sekolah ini didirikan secara gotong-royong oleh
penduduk dengan menggunakan pokok kayu yang digergaji. Selain itu
kutipan sebanyak RM5.00 setiap pintu bilik juga dikutip untuk menampung
kos pembinaannya.
Hanya pada tahun 1975 baharulah dibina bangunan baru, bangunan baru
ini adalah sebagai tambahan kepada bangunan yang dibina secara
gotong-royong.
Sehingga kini, bangunan itu masih ada walaupun sebahagian
daripadanya telah dirobohkan, yang selebihnya selalu dibaikpulih oleh
Jabatan Pendidikan.
No comments:
Post a Comment